Friday, November 20, 2009

MINGGU UNDANG-UNDANG

Assalamualaikum w.b.t..makluman kepada semua sahabat dan warga kuis yang membaca blog ini, saya wakil daripada pelaksana program minggu undang2 mengalu-alukan anda semua untuk bersama kami menjayakan program tersebut..penyertaan dan kerjasama anda amatlah kami hargai..info kepada semua kawan-kawan dan datanglah beramai2 ke program minggu undang2..terdapat pelbagai program ilmiah,pameran,sukan,public speaking,contoh pelaksanaan hukuman sebat,tayangan video, mahkamah moot dan lain2..datanglah beramai2..syukran..
untuk maklumat lanjut hubungi :

  • MOHD ZAIMI BIN ZAKARIA 013-6280342
  • MOHD ZAIDI BIN HUSAIN 013-3085804
  • MOHD RAHAIZAD BIN AHMAD 019-3926986
  • MOHD RAHIM BIN OMAR 019-9451624


Sunday, November 15, 2009

MEMAHAMI DAN MENANGANI AJARAN SALAH,SESAT

pada 13.11.2009 bersamaan 25-27 zulkaedah 1430H, saya telah mengikuti kursus yang dia anjurkan oleh JAIS, yang bertempat di Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS). kursus yang membincangkan tentang memahami dan menangani ajaran salah, sesat tersebut bertujuan untuk membuka minda mahasiswa agar tidak jumud dengan fenomena yang berlaku di zaman sekarang. kursus selama 3hari yang bermula pada hari jumaat boleh di katakan begitu singkat untuk membincangkan pelbagai topik tentang ajaran sesat dan salah ini. walaupun dalam masa yang singkat, tetapi apa yang di bincangkan amatlah berbaloi dan bermanfaat, input yang di sampaikan sangat berguna untuk diri saya dan masyarakat islam sekeliling..orang sesat atau menyeleweng ialah orang yang tidak berpengetahuan agama dan tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengetahuan agama yang tidak betul kerana mempelajarinya tidak mengikut peraturan atau jalan yang sebenar. terdapat banyak ciri-ciri yang boleh kita kenal mengenai ajaran sesat ini, samada kita sedar ataupun tidak, penularan wabak ajaran sesat ini sememangnya berada berhampiran dengan kita, oleh itu kita sebagai umat islam haruslah peka terhadap ajaran yang khurafat ini. Antara ciri-ciri ajaran salah dan sesat ialah mereka percaya kepada rukun iman dan asas akidah yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.. apa yang kita tahu akidah adalah sesuatu pegangan atau ikatan yang berlandaskan syariat islam, tetapi mereka yang megamalkan ajaran sesat ini menyeleweng daripada akidah islam. contohnya cara pembelajaran mereka,pakaian,pergaulan dan sebagainya.antara ciri lain ialah kebanyakan mereka ini mempertikaikan kebenaran al Quran dan Hadis. kita semua sedia maklum, Al quran adalah sumber utama dan hadis sumber yang kedua umat islam. sebagaimana hadis nabi yang diriwayatkan oleh al Sajari daripada Anas:
من احيا سنتي فقد احبني ومن احبني كان منفي في الجنة
sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku nescaya dia bersama2ku di syurga...
daripada maksud hadis tersebut kita dapat simpulkan bahawa sesiapa yang mengamalkan hadis dan tidak mempertikaikanya akan bersama rasulullah di syurga..akhir zaman ini..banyak benda yang pelik berlaku, antaranya kes kahar yang mengaku dirinya rasul melayu, ada yang mengaku imam Mahdi Al Muntazar, wali yang mempunyai keramat,mursyid yang boleh memberi manfaat dan sebagainya..ini adalah diantara ciri2 ajaran salah yang berlaku di negara kita sekarang..kita semua seharusnya sedar dan terus mengambil tindakan agar generasi yang akan datang tidak terjebak dengan ajaran ini. Adakah kita semua ada perasan marah kepada mereka yang membakar,memijak al Quran seperti yang di lakukan kumpulan black metal,punk dan lain2?apa tindakan kita?kita tidak seharusnya berdiam diri dalam hal seperti ini, selama 3 hari berkursus saya merasakan terlalu banyak manusia di bumi malaysia ini yang syirik kepada Allah samada syirik besar atau kecil..panas cuping telinga mendengar apa yang di bentangkan penceramah mengenai manusia yang gila,taksub,bodoh dan tak bertamadun yang mengamalkan ajaran sesat ini.. ajaran seperti Qadiani,kahar bodoh,ayah pin gila,tarikat yang melampau,wahabi,brotas,taslim,ajaran RM250 dan sebagainya adalah diantara ajaran yang menggegarkan bumi malaysia yang mana sebahagian pengikutnya bukan calang2, ada yang lulusan al azhar mesir, cendikiawan dan para ilmuan yang lain...nak g kelas..tunggu sambunganya

Friday, November 6, 2009

gomo kelate gomo!!!


Ya ALLAH,yg MAHA PEMURAH lg ADIL & BERKUASA..gembirakanlah seluruh anak-anak kelantan yang akan berkungjung ke stadium Bukit Jalil..berikanlah skuad kelantan kejuaraan piala MALAYSIA untuk kali pertama dan selama-lamanya ini sejak dari 40tahun menunggu..gembirakanlah puluhan ribuan penyokong sang kijang pada 7.11 ni..kuatkanlah semangat permainan kelantan..tentukanlah sebaik-baik kesudahan kepada kami semua..amiiinnn!!..........letih,knalin,banjir,habis pitih,tu semua bukan halangan untuk kita bagi sokongan ko pasukan bola sepak kesayangan kita untuk bertarung di bukit jalil 7.11.2009 ni.tapi seperti kato mawi wok..hehe..world, world jugak, akhirat jange lupo!!..baco dale surat koba,tgk dale tv,dgr dale radio dgr ko habuan ko pemain tu bulih kiro kakloh,dgr kaba tok guru nk sponsor gi umrah kepada pemain-pemain kelate braso suko jah kito,,dalam suka gembira kita bulih masuk final,tok guru peringat sokmo lagi ko kito sumo bia ingat ko tuhe..buke buleh duit jah,tp blh g umrah,,jolo dh 2 mawi,,bola-bola jugak,,akhirat jange lupo..harap-harap puak penyokong bertene sokmo dan harap-harap jugak hok blaku dulu-dulu di stadium KB tak brulang lagi.kito nk wat kelik piala dengan imej bersih kalu buleh..hehe..sebelum terlupo,,mano-mano saing KUIS,hok baca blog ni,hok berminat untuk menyertai konvoi beramai-ramai ke stadium bukit jalil sabtu ni bulih kecek kiro ngan ambo..nk tau lebih lanjut tengok dalam memo atas tu..jupo di stadium blako..

Saturday, October 17, 2009

cuti raya

sebelum memulakan bicara, dan dikesempatan syawal yang berbaki 2 hari lagi, saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua kenalan dan rakan seperjuangan...maaf lama tak update..hehe...busy sikit..saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada teman-teman yang sudi memberi komen yang membina, semoga kita semua berjaya dunia akhirat..masa terlalu pantas..cuti tak macam cuti..sebulan cuti penuh dengan keje..sampaikan nak g CC pun x de masa..maklum sajala..dok kat kampung bukannye boleh online..hehe..tapi raya kat kampung memang puas hati...mcm-mcm adaaa..hehe..sekarang ni dok kat perak umah abg..mai hantar anak buah yang kembar..tu yang blh online..nak tido jap..letih..baru sampi..saje je..lma tak update..hehehe

Friday, July 24, 2009

HARI KELUARGA ( IKATAN )


















Pada 14 JUN 2009 , Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur (IKATAN) iaitu mewakili negeri KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG dan negara THAILAND telah mengadakan satu program yang dinamakan Program HARI KELUARG IKATAN.
Program ini dikendalikan oleh 14 ahli jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur (IKATAN) dan beberapa orang pelajar di bawah Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur (IKATAN) KUIS sebagai pembantu AJK. Program ini juga disertai oleh pelajar di bawah Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur (IKATAN) KUIS.
Objektif program ini dianjurkan adalah untuk membantu dalam membentuk sahsiah diri dan mengeratkan hubungan silaturrahim pucuk pimpinan dengan ahli-ahli IKATAN.Program ini berlangsung daripada pukul 7.30 pagi hingga pukul 11.00 malam di padang bola sepak dan auditorium kuis.
Program ini lebih kepada untuk mendekati dan menyelami sendiri perasaan sesama ahli selain mengeratkan silaturrahim dengan pelbagai acara yang disediakan..Oleh kerana itu, kami amat menekankan latihan kerjasama dan menjaga hubungan sesama ahli.Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga melaksanakan program ini dengan sempurna. Segala kesulitan dapat diatasi dalam masa yang singkat. Selain daripada itu, kami berasa bersyukur dan berterima kasih diatas kerjasama, sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada pihak pengurusan KUIS sendiri, para peserta dan pihak urusetia.

Di atas adalah antara kenangan Program HARI KELUARGA PERSATUAN IKATAN untuk tatapan dan dikongsi bersama:



Saturday, May 30, 2009

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Alhamdulillah..setelah sekian lama mengintai peluang untuk menncoretkan sesuatu sekaligus untuk update blog ni..akhirnya ada sedikit ruang untuk saya berkongsi ilmu dan apa2 sahaja dengan teman2 dan saudara sekelian..
kesempatan kali ini saya sebagai mewakili kaum lelaki ingin berkongsi dengan semua yang membaca warkah ini khususnya LELAKi agar kita sama2 menjadi insan yang bertakwa kepada ALLAH dan mengangkat martabat agama ISLAM sesuai dengan gelaran yang di beri kepada kita iaitu pemimpin samada PM,MENTERI2,GURU,DOKTOR,PELAJAR dan sebagainya..

baca,hayati dan renung2kanlah warkah yang disampaikan ini semoga kita semua brusha untuk memperbaiki diri kita untuk mendapat rahmat dan keberkatan ALLAH SWT agar bahagia di DUNIA dan AKHIRAT


lelaki acuan Al-QURAN ialah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disaluti rasa TAKWA kepada ALLAH SWT
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu..

lelaki acuan AL-QURAN ialah lelaki yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat hantu jembalang

lelaki acuan AL-QURAN ialah lelaki yang menghormati IBUBAPAnya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan KELUARGAnya
yang bakal menjaga keharmonian rumahtangganya
yang akan mendidik ANAK2 dan ISTERI mendalami agama ISLAM
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan..
kerana DUNIA baginya adalah rumah sementara menunggu AKHIRAT..

lelaki acuan AL-Quran sentisa bersedia untuk AGAMAnya
yang hidup dibawah naungan AL-QURAN dan mencontohi sifat RASULULLAH SAW
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh syukur rasa hormat keatasNYA

Lelaki acuan AL-QURAN tidak pernah membazirkan MASA
yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat MENGAJI dan BERZIKIR
yang tidurnya lena dengan cahaya KEIMANAN
yang bangun SUBUHnya dengan penuh kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..

Lelaki acuan AL-QURAN sentiasa mengingati mati
yang baginya HIDUP Di DUNIA adalah ladang AKHIRAT
yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
untuk meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian..

Lelaki acuan AL-QURAN ialah lelaki yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia
kerana dia menimpikan SYURGA
Di situlah rumah impiannya
Bersama WANITA ACUAN AL-QURAN.......

JADIKANLAH AL-QURAN SEBAGAI TEMAN HIDUP KITA AGAR KITA SEMUA MENJADI APA YANG DI KEHENDAKI ALLAH SWT..WALLAHUA'LAM

Sunday, April 26, 2009

Suka Duka Final

Assalamualaikum...sekian lama tidak mencoretkan sesuatu disini atas hambatan tugasan dan waktu. Dikesempatan yang terluang ini, ingin pula berkongsi suka dan duka semasa menonton perlawanan akhir piala FA antara Kelantan 'the red wariors' dan Selangor 'the red giant' baru-baru ini.

Suka.. kerana setelah sekian lama Kelantan tenggelam dalam kancah bolasepak negara kini bangkit dan mampu untuk kefinal setelah kali terakhir layak ialah pada tahun 1970. Saya sendiri belum zahir kedunia pada waktu itu. Duka pula kerana hajat untuk membawa piala FA ke Kota Bharu tidak kesampaian apabila Kelantan tewas melalui sepakan penalti.

Apa-apa pun kami sebagai penyokong tetap puashati dengan semangat juang pemain Kelantan dan harap pada masa akan datang giliran kita pula akan muncul sebagai pemegang piala. Beberapa keping gambar sebagai kenangan final piala FA 2009 untuk tatapan bersama...


lagi gambar di GALERI...