Powered By


Powered by Blogger

Saturday, March 21, 2009

Ayyuha Shabab..!

Kisah sahabat rasulullah S.A.W.,Abu Hanzalah bin Ar Rabie r.a....

Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: "Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini.
Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah.

Sahabat tidak mengetahui beliau perlu dimandikan terlebih dahulu kerana janabah,mereka terus mengebumikannya.sebaik saja jasadnya mahu dikebumikan,Rasulullah pun bersabda,'aku melihat para malaikat sedang memandikan mayat Hanzalah'.Abu Said Sa'adi berkata,'sebaik saja aku mendengar sabda Rasulullah ini terus saja aku k tempat Hanzalah & aku melihat dgn mataku sendiri kelihatan pd wajahnya titik2 air jatuh melalui rambutnya'.

Apabila peperangan telah berakhir & Rasulullah kembali ke Madinah,Baginda bertanya tentang Hanzalah & dr sini berita Hanzalah menangguhkan mandi janabahnya tersebar luas.peristiwa ini menggambarkan betapa sifat ketaqwaan & keperwiraan yg ada pd para sahabat.mereka tidak sanggup menangguhkan seruan jihad & lebih rela menjadi syahid dlm apa jua keadaan sekalipun.tiada lain yg menjadi impian mereka melainkan memenuhi janji Allah & RasulNYA serta syurga yg menjadi idaman.

Sifat seperti beliaulah yang kita, para pemuda yang beragama Islam pada masa kini patut contohi...

Klip video ini tiada kena mengena dengan kisah diatas..tetapi dia anak saudaraku...Ahmad Hanzhalah!