Powered By


Powered by Blogger

Friday, July 24, 2009

HARI KELUARGA ( IKATAN )


















Pada 14 JUN 2009 , Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur (IKATAN) iaitu mewakili negeri KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG dan negara THAILAND telah mengadakan satu program yang dinamakan Program HARI KELUARG IKATAN.
Program ini dikendalikan oleh 14 ahli jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur (IKATAN) dan beberapa orang pelajar di bawah Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur (IKATAN) KUIS sebagai pembantu AJK. Program ini juga disertai oleh pelajar di bawah Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur (IKATAN) KUIS.
Objektif program ini dianjurkan adalah untuk membantu dalam membentuk sahsiah diri dan mengeratkan hubungan silaturrahim pucuk pimpinan dengan ahli-ahli IKATAN.Program ini berlangsung daripada pukul 7.30 pagi hingga pukul 11.00 malam di padang bola sepak dan auditorium kuis.
Program ini lebih kepada untuk mendekati dan menyelami sendiri perasaan sesama ahli selain mengeratkan silaturrahim dengan pelbagai acara yang disediakan..Oleh kerana itu, kami amat menekankan latihan kerjasama dan menjaga hubungan sesama ahli.Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga melaksanakan program ini dengan sempurna. Segala kesulitan dapat diatasi dalam masa yang singkat. Selain daripada itu, kami berasa bersyukur dan berterima kasih diatas kerjasama, sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada pihak pengurusan KUIS sendiri, para peserta dan pihak urusetia.

Di atas adalah antara kenangan Program HARI KELUARGA PERSATUAN IKATAN untuk tatapan dan dikongsi bersama:



No comments:

Post a Comment