Powered By


Powered by Blogger

Sunday, November 15, 2009

MEMAHAMI DAN MENANGANI AJARAN SALAH,SESAT

pada 13.11.2009 bersamaan 25-27 zulkaedah 1430H, saya telah mengikuti kursus yang dia anjurkan oleh JAIS, yang bertempat di Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS). kursus yang membincangkan tentang memahami dan menangani ajaran salah, sesat tersebut bertujuan untuk membuka minda mahasiswa agar tidak jumud dengan fenomena yang berlaku di zaman sekarang. kursus selama 3hari yang bermula pada hari jumaat boleh di katakan begitu singkat untuk membincangkan pelbagai topik tentang ajaran sesat dan salah ini. walaupun dalam masa yang singkat, tetapi apa yang di bincangkan amatlah berbaloi dan bermanfaat, input yang di sampaikan sangat berguna untuk diri saya dan masyarakat islam sekeliling..orang sesat atau menyeleweng ialah orang yang tidak berpengetahuan agama dan tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengetahuan agama yang tidak betul kerana mempelajarinya tidak mengikut peraturan atau jalan yang sebenar. terdapat banyak ciri-ciri yang boleh kita kenal mengenai ajaran sesat ini, samada kita sedar ataupun tidak, penularan wabak ajaran sesat ini sememangnya berada berhampiran dengan kita, oleh itu kita sebagai umat islam haruslah peka terhadap ajaran yang khurafat ini. Antara ciri-ciri ajaran salah dan sesat ialah mereka percaya kepada rukun iman dan asas akidah yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.. apa yang kita tahu akidah adalah sesuatu pegangan atau ikatan yang berlandaskan syariat islam, tetapi mereka yang megamalkan ajaran sesat ini menyeleweng daripada akidah islam. contohnya cara pembelajaran mereka,pakaian,pergaulan dan sebagainya.antara ciri lain ialah kebanyakan mereka ini mempertikaikan kebenaran al Quran dan Hadis. kita semua sedia maklum, Al quran adalah sumber utama dan hadis sumber yang kedua umat islam. sebagaimana hadis nabi yang diriwayatkan oleh al Sajari daripada Anas:
من احيا سنتي فقد احبني ومن احبني كان منفي في الجنة
sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku nescaya dia bersama2ku di syurga...
daripada maksud hadis tersebut kita dapat simpulkan bahawa sesiapa yang mengamalkan hadis dan tidak mempertikaikanya akan bersama rasulullah di syurga..akhir zaman ini..banyak benda yang pelik berlaku, antaranya kes kahar yang mengaku dirinya rasul melayu, ada yang mengaku imam Mahdi Al Muntazar, wali yang mempunyai keramat,mursyid yang boleh memberi manfaat dan sebagainya..ini adalah diantara ciri2 ajaran salah yang berlaku di negara kita sekarang..kita semua seharusnya sedar dan terus mengambil tindakan agar generasi yang akan datang tidak terjebak dengan ajaran ini. Adakah kita semua ada perasan marah kepada mereka yang membakar,memijak al Quran seperti yang di lakukan kumpulan black metal,punk dan lain2?apa tindakan kita?kita tidak seharusnya berdiam diri dalam hal seperti ini, selama 3 hari berkursus saya merasakan terlalu banyak manusia di bumi malaysia ini yang syirik kepada Allah samada syirik besar atau kecil..panas cuping telinga mendengar apa yang di bentangkan penceramah mengenai manusia yang gila,taksub,bodoh dan tak bertamadun yang mengamalkan ajaran sesat ini.. ajaran seperti Qadiani,kahar bodoh,ayah pin gila,tarikat yang melampau,wahabi,brotas,taslim,ajaran RM250 dan sebagainya adalah diantara ajaran yang menggegarkan bumi malaysia yang mana sebahagian pengikutnya bukan calang2, ada yang lulusan al azhar mesir, cendikiawan dan para ilmuan yang lain...nak g kelas..tunggu sambunganya

No comments:

Post a Comment