Powered By


Powered by Blogger

Saturday, May 30, 2009

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Alhamdulillah..setelah sekian lama mengintai peluang untuk menncoretkan sesuatu sekaligus untuk update blog ni..akhirnya ada sedikit ruang untuk saya berkongsi ilmu dan apa2 sahaja dengan teman2 dan saudara sekelian..
kesempatan kali ini saya sebagai mewakili kaum lelaki ingin berkongsi dengan semua yang membaca warkah ini khususnya LELAKi agar kita sama2 menjadi insan yang bertakwa kepada ALLAH dan mengangkat martabat agama ISLAM sesuai dengan gelaran yang di beri kepada kita iaitu pemimpin samada PM,MENTERI2,GURU,DOKTOR,PELAJAR dan sebagainya..

baca,hayati dan renung2kanlah warkah yang disampaikan ini semoga kita semua brusha untuk memperbaiki diri kita untuk mendapat rahmat dan keberkatan ALLAH SWT agar bahagia di DUNIA dan AKHIRAT


lelaki acuan Al-QURAN ialah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disaluti rasa TAKWA kepada ALLAH SWT
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu..

lelaki acuan AL-QURAN ialah lelaki yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat hantu jembalang

lelaki acuan AL-QURAN ialah lelaki yang menghormati IBUBAPAnya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan KELUARGAnya
yang bakal menjaga keharmonian rumahtangganya
yang akan mendidik ANAK2 dan ISTERI mendalami agama ISLAM
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan..
kerana DUNIA baginya adalah rumah sementara menunggu AKHIRAT..

lelaki acuan AL-Quran sentisa bersedia untuk AGAMAnya
yang hidup dibawah naungan AL-QURAN dan mencontohi sifat RASULULLAH SAW
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh syukur rasa hormat keatasNYA

Lelaki acuan AL-QURAN tidak pernah membazirkan MASA
yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat MENGAJI dan BERZIKIR
yang tidurnya lena dengan cahaya KEIMANAN
yang bangun SUBUHnya dengan penuh kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..

Lelaki acuan AL-QURAN sentiasa mengingati mati
yang baginya HIDUP Di DUNIA adalah ladang AKHIRAT
yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
untuk meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian..

Lelaki acuan AL-QURAN ialah lelaki yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia
kerana dia menimpikan SYURGA
Di situlah rumah impiannya
Bersama WANITA ACUAN AL-QURAN.......

JADIKANLAH AL-QURAN SEBAGAI TEMAN HIDUP KITA AGAR KITA SEMUA MENJADI APA YANG DI KEHENDAKI ALLAH SWT..WALLAHUA'LAM