Powered By


Powered by Blogger

Saturday, January 24, 2009

kesengsaraan umat islam di GAZA..apa yg kta perlu buat???fikir2kanlah...

SAYED Mansour Abou Warda, 3, menerima rawatan di Hospital Al Sifa di Jabirla, Gaza kerana cedera di mulut, pipi dan dagu selepas menjadi mangsa letupan bom fosforus yang digunakan tentera Israel.

Kesan bom fosforus Israel buat rakyat Palestin derita

KEKEJAMAN tentera rejim Zionis menggunakan bom fosforus, meninggalkan kesan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin dengan ramai masih terlantar di hospital akibat pelbagai kecederaan dan penyakit kronik, walaupun sudah lebih seminggu gencatan senjata berkuat kuasa.

Ketibaan pasukan bantuan antarabangsa ke wilayah ini turut membongkar rintihan sebenar rakyat Palestin yang bukan saja kehilangan ahli keluarga, malah terpaksa menanggung penderitaan sepanjang hayat kesan senjata kimia itu.

Di beberapa hospital di bandaraya ini, ribuan penduduk Palestin yang menjadi mangsa serangan bom fosforus kini dirawat kerana kesan melecur pada tubuh dan pelbagai penyakit sampingan lain yang mungkin tidak dapat disembuhkan.

Wartawan Berita Harian yang melawat ke Hospital al-Sifa, di tengah bandaraya ini, semalam sayu melihat seorang daripada ribuan warga Palestin yang mendapat rawatan, bukan hanya melecur seluruh tubuh akibat bom fosforus, malah turut kehilangan empat anak serta suaminya.

Serangan rejim Yahudi menggunakan senjata terlarang itu menyebabkan mangsa, Sabah Abu Halmah, 45, hanya sekadar mampu melihat anak-anak kecilnya meronta kesakitan dan menjerit hiba sebelum tubuh mereka terbakar hingga rentung.
MANGSA serangan Yahudi terlantar di Hospital Al-Sifa' selepas terkena bom fosforus mengakibatkan kulit tangan melecur.

Suri rumah itu berkata, dalam serangan bom fosforus berangkai oleh rejim tentera Yahudi terhadap kediamannya, dia kehilangan semua empat anak termasuk seorang bayi perempuan, Sahid Abu Saad, tiga bulan; Hamzah, 8; Zaid, 10 dan Abdul Rahim, 14.

"Saya tidak lagi mampu menampung kesakitan ini, apatah lagi mengingati semula tragedi itu. Saya kini hilang segala-galanya termasuk suami, Abu Saad Udallah, 45," katanya yang masih trauma dan hanya bercakap selepas dipujuk berulang kali menceritakan detik ngeri dialaminya.

"Masih saya ingat, serangan kejam tentera Israel itu berlaku sekitar jam 3 petang di rumah kami di daerah Beit Lahiya apabila berpuluh bom fosforus putih dijatuhkan oleh pesawat pejuang di seluruh kawasan berhampiran," katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga yang ketika itu berada di dalam rumah, terperangkap dan tidak sempat berbuat apa-apa apabila bom berkenaan tiba-tiba meledak lalu menyebarkan debu fosforus putih menutupi ruang udara.

"Sebaik terkena bahan kimia itu, kulit tubuh kami terus melecur lalu terbakar. Malah rambut dan kepala kami yang terdedah kepada kimia berkenaan turut dijilat api kesan tindak balas fosforus itu dengan udara.

"Saya tidak tahu apa berlaku kecuali terasa kesakitan yang amat sangat dan pada masa sama mendengar suara jeritan anak-anak mengadu kesakitan sebelum melihat tubuh mereka tiba-tiba terbakar hingga rentung," katanya dengan linangan air mata.

Sabah berkata, ketika itu dia menyangka hidupnya sudah berakhir tetapi entah bagaimana, dirinya terselamat dan dikejarkan ke hospital oleh beberapa jiran, walaupun ketika ini sesekali dia merasakan mungkin lebih baik baginya jika terbunuh bersama seluruh keluarganya.

"Saya sudah kehilangan semua orang yang saya sayangi termasuk anak-anak yang belum mengerti apa-apa. Kini saya perlu meneruskan sisa-sisa hidup menangisi pemergian mereka dan pada masa sama menanggung kesakitan yang tidak tertahan ini," katanya.

Beliau juga menunjukkan kulit kedua-dua tangannya yang melecur teruk hingga menampakkan daging. Serangan itu turut mengakibatkan leher dan tumitnya bernanah teruk selain berlubang kira-kira lima sentimeter.

Seorang lagi mangsa bom fosforus yang dirawat di hospital itu, Saadiah Azam, 53, melecur seluruh muka dan tangan akibat terkena bahan kimia berkenaan dan mengadu ia amat menyakitkan sehingga menyebabkannya sukar tidur dan terpaksa bergantung kepada ubat pelali.

Beliau yang ketika serangan bom itu sedang memasak di dapur rumahnya di Kampung Zaiton, di sini, hanya mampu berlari kesakitan apabila roket yang membawa bahan kimia itu meletup di dalam rumahnya selepas meluncur masuk dari tingkap.

Beliau turut mengalami kesan melecur teruk pada tangan kiri dan doktor yang merawatnya memaklumkan mereka terpaksa memindahkannya ke Hospital Hosni Mubarak, Mesir secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi pelbagai penyakit lain akibat kesan sampingan bom itu.

Sementara itu, salah daripada doktor di wad berkenaan, Dr Hasheem Maamod, 35, berkata, tiada rawatan khusus yang dapat diberikan kepada mangsa serangan bom fosforus berikutan mereka pertama kali berhadapan dengan keadaan sedemikian.

"Kami hanya mampu memberikan rawatan biasa sama seperti kes kebakaran namun ia jelas tidak cukup berikutan kimia fosforus itu seolah-olah hidup di dalam badan mangsa dan memusnahkan tubuh mangsa hari demi hari.

"Saya tidak pasti harapan atau peluang mangsa untuk sembuh tetapi kami akan berusaha sedaya mungkin selain menjalankan kajian kaedah terbaik untuk membantu mengurangkan penderitaan mereka, jika tidak pun untuk selama-lamanya," katanya.

Mendengar luahan dari anak-anak palestin dan ibu-ibu yang tercedera akibat peperanagan di Gaza, kita sebagai kawan sesama islam di Malaysia ini, Apa yang patut kita buat!!! cukupkah dengan hanya demontrasi??cukupkah dengan hanya boikot?? sedikit sebanyak bolehlah menggunakan cara itu, tapi yang pentingnya sikap kita hendaklah di jana ke arah semangat perjuangan yang boleh mengkuburkan yahudi laknatullah dan kafir HARBI yang lain..Jadi saya menyeru kepada diri saya sendiri dan seluruh umat islam supaya bangkitlah dengan ilmu yang di cari selama ini dan gunalah ilmu tersebut untuk menegakkan yang benar dan menghancurkan yang batil..wallahua'lam..