Powered By


Powered by Blogger

Sunday, April 26, 2009

Suka Duka Final

Assalamualaikum...sekian lama tidak mencoretkan sesuatu disini atas hambatan tugasan dan waktu. Dikesempatan yang terluang ini, ingin pula berkongsi suka dan duka semasa menonton perlawanan akhir piala FA antara Kelantan 'the red wariors' dan Selangor 'the red giant' baru-baru ini.

Suka.. kerana setelah sekian lama Kelantan tenggelam dalam kancah bolasepak negara kini bangkit dan mampu untuk kefinal setelah kali terakhir layak ialah pada tahun 1970. Saya sendiri belum zahir kedunia pada waktu itu. Duka pula kerana hajat untuk membawa piala FA ke Kota Bharu tidak kesampaian apabila Kelantan tewas melalui sepakan penalti.

Apa-apa pun kami sebagai penyokong tetap puashati dengan semangat juang pemain Kelantan dan harap pada masa akan datang giliran kita pula akan muncul sebagai pemegang piala. Beberapa keping gambar sebagai kenangan final piala FA 2009 untuk tatapan bersama...


lagi gambar di GALERI...